Ini adalah kesinambungan entry semalam…. Setelah menunggu selama setengah jam, barulah shopping complek di Mid Valley dibuka… Kiranye aku dan wife 1st customer yang masuk pintu setelah dibuka…. Kali ni nak cari barang untuk rumah pulak…. Nak cari barang hiasan untuk ruang tamu… Nampak tak dengan senangnye aku dah wife berfoya2 bergambar sebab tak ramai orang lagi…

Setelah mendapat hasil tangkapan, so ke kaunter bayaranlah jawabnye… Tapi itu tak bermakna aku habis bershopping… Lepas bayar hantar ke kereta… Lepas tu masuk balik, sampai naik pening kakak caunter tu… Kejap2 mamat ni lagi yang datang membayar…  Kejap2 datang lagi… Pakguard yang berdiri depan pintu pun dah senyum2 dengan aku… Keluar bawak barang, lepas tu masuk balik dengan tangan kosong…

Settle semua barang yang dicari, balik ke rumah…. Penuh barang kat seat belakang…

Bersepah kereta dibuatnye… Banyak tempat juga yang aku singgah bila sampai di Mid Valley… Salah satunye ke outlet Apple Machines sebab nak cari accessories iPhone dan kedai kasut untuk mak aku sebagai hadiah raya..

Sampai rumah dah…. Nak kemas rumah dulu dan pasang apa yang patut dan yang telah di beli…. Rehat kejap, sebab petang tu ada lagi barang raya yang hendak dibeli…. Untuk family sudah, untuk rumah sudah, tinggal barangan raya diri sendiri dengan wife jer belum… Tak tahu nak beli apa sebenarnye…
Oklah kita jumpa next entry yer…. Bubai….