Lama tak berjalan berfoya2 dengan anak buah aku Intan…. Kali ni ke Uptown Kota Damansara bersama wife aku dan anak buah…. Wife aku nak tengok2 tudung dan beberapa barang lain…. Yang aku usha benda lain….  Aku pergi pada hari Ahad malam, tinggal 2 hari lagi nak raya…. Uish ramai giler sampai nak berjalan pun takleh…. Kena raba, aku meraba dah jadi lumrah dah time tu… Nak buat macamana, rezeki… Hehehehe….

Wife aku pantang jumpa gerai yang jual brouch tudung (betul jer aku eja ni…??)… Mesti singgah dan beli…. Tapi ada yang jual mahal2 dan ada yang jual benda yang sama murah sangat…. Lepas tu nak cari balik kedai yang murah tu, dah tak jumpa… Pusing giler2 dalam Uptown tu….

Yang menjual tudung memang gerai ‘Pisang Panas’… Penuh dengan perempuan…. Termasuklah wife aku… Harga memang berbaloi dengan kualiti untuk sesuatu jenis… Tapi tak semua tau….

Lagi satu gerai menjual handbeg dan purse, pun Gerai Pisang juga…. Tapi aku tak galakkan wife aku beli kat Uptown ni…. Susah nak dapat kualiti bagus… Aku bab handbeg dan purse perempuan ni agak particular sikit…. Baiklah beli kat shopping mall dan yang branded sikit, so kualitinye bagus…. Kononnye nak balik awal, boleh pulak hujan turun selebat2nye…. Terkandas dalam Uptown dekat sejam juga…. Dah dekat pukul 2.00 pagi, pakat dengan wife aku dan Intan, kita redah jerlah ke kereta… Kalau nak tunggu reda sampai esok pagi pun belum tentu berhenti….

Memandangkan dah keluar ni, teruslah bersahur kat kedai mamak dekat Sunway Damansara…

Aku jugak yang segar berbanding yang lain…. Hehehehe…. Macam tulah sambutan menjelang raya aku tahun ni…. Agak berbeza dengan tahun2 kebelakangan ni…. Kali ni banyak berjalan dan banyak membeli….