Korang dah sure habis bercerita tentang sambutan hari raya tahun ni…. Aku baru nak terhengeh2 buat entry mengenainye…. Aku ni bercerita agak slow sikit, biar adik2 dan kakak2 jalan dulu…. Aku ikut kemudian…. 
Bagi warga kota Kuala Lumpur mungkin dah biasa dengan kesesakan jalan raya…. Macam aku memang dah biasa sangat…. Sebab tulah aku tak kesah sangat nak terjah Jalan Chow Kit dekat2 nak raya sebenarnye…. Walaupun banyak bersabar dengan gelagat orang ramai tapi merupakan pengalaman yang ditimba agi setiap tahun….

Sebenarnye nak mencari sahur pada malam tu… Terasa di hati nak ke KL pulak, nak cari daun ketupat yang dah siap dianyam… Nak buat sendiri memanglah tak reti…. Padahal dah pukul 1.30 pagi…. Tapi orang meniaga giler2 malam tu…. Seronok betul dan sangat2 happening kat Chow Kit…..

Barang time tudah start jual murah dah…. Maklumlah tinggal beberapa hari lagi nak beraya….. Tapi malam tu aku cuma beli sarung ketupat jer, sebab lain2 dah beli dan dah siap dah…. Sajer jer nak berjalan dengan wife aku…. Nasib baik pakai kereta kecik, senang sikit nak mencilok2…. Hehehehe…. Apa2 pun terima kasih kerana membaca entry yang dah basi ni…..