Selesai menziarah pusara arwah Abah pagi tu, seperti kebiasaannye kami sekeluarga akan beraya iaitu bersalaman meminta ampun dan maaf sesama ahli keluarga…. Tahun ni, adik aku Azu beraya di Kuala Lumpur dahulu dan pada raya ke-2 baru mereka balik ke Banting… Macam jauh sangat….

Time ni mak aku dah menangis menahan sebak…. Dulu gembira sebab arwah Abah ada, tapi tahun ni berlainan sikit… Sebenarnye aku orang yang kedua beraya dengan mak aku sebab aku anak yang kedua…

Turn wife aku pulak beraya dengan mak mertuanye…

Yag ini kakak aku yang sulung… Macam aku ada kakak lain lagi….

Yang ini pulak abang ipar aku tengah bagi mak aku duit raya….

Memandangkan adik aku Azu takde, Anor merupakan raking ke-3 beraya dengan mak aku… Budak ni banyak dosa dengan mak aku, kena lama sikit…

Turn anak buah aku yang sulung pulak beraya dengan wannye… Intan… Patutnye lepas tu adik dia Izzat, memandangkan Izzat berada di Filipina tengah study Pilot di sana maka Intan jerlah wakil…

Time ni beraya dengan kakak aku…

Selesai segala urusan di pagi raya tahun ini walaupun kehilangan seseorang, tapi segala perjalanan dalam kehidupan ini harus diteruskan dan diuruskan dengan sebaik mungkin…

So, macam inilah kisah raya pertama aku tahun ini… Tiadalah semangat sangat sebenarnye… Tapi cuma tahun ini aku dapat beraya di Ipoh semula setelah 2 tahun tidak balik kerana menguruskan arwah Abah…. Ada kegembiraan dan ada juga kesedihan yang bercampur gaul dalam jiwa aku tahun ini…. Apa2 pun Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua followers aku selama ini…
Lepas ni kisah raya aku di Ipoh pulak yer… Orang lain dah habis bercerita kisah raya mereka, tapi aku terhegeh2 lagi…. Hehehehe…..