Kisah raya aku kan baru bermula… So korang layan jerlah… Tapi kali ni aku nak promote sikit satu restoran ni di Ipoh… Agak famos amos jugalah di kalangan penduduk Ipoh… Iaitu Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung….

Cerita pada Raya Ke-2 di Ipoh… Malam tu aku, wife dan adik ipar aku keluar ke Jaya Jusco Kinta City untuk beli barangan yang tertinggal di rumah… Apa dia, itu adalah rahsia… Hehehhehehe…. Settle beli belah, terasa perut lapar pulak… Nak makan dalam Jaya Jusco punyalah ramai orang…. So, pakat makan kat luar jer lah….

Adik ipar aku EE ajak makan kat area Dataran Ipoh…. Pun punyalah ramai orang, diaorang ni tak reti hari raya ker…. Padahal aku pun sama jer…. Dan satu lagi cadangan iaitu Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung…. Tempat ni famous giler…. Mensajikan hidangan dan menu menggunakan ayam kampung…. Paling best sekali nasi lemaknye….

Ahli geng JJCK aku yang paling setia… Lagi2 kalau aku yang belanja….

Yang ini pulak adik ipar aku EE yang menjadi pencetus cadangan tempat2 makan di Ipoh…

Ini kali pertama aku makan kat sini… So pakat order menu utama restoran ini, Nasi Lemak Ayam Kampung…. Memang sedap giler… Puas makan nasi lemak setelah sebulan berpuasa….

Tak putus2 orang dtang makan kat sini… Meja kosong pun susah nak dapat… Yang kosong tu pun sebab baru jer customer selesai makan…. Tapi memang hebat penangan restoran ni…. Selain ayam kampung, belut juga menjadi specialties restoran ni… Sorrylah aku tak makan belut…

Kakak sorang ni jer yang asyik senyum bila nak snap gambar diaorang, yang lain2 tu malu2 jer…. Hehehehe… Apa2 pun akak memang sporting…..

Yang menjadi tarikan kepada custmer adalah, restoran ni menyediakan dapur di bahagian hadapan restoran… So orang yang lalu lalang dapat tengok dan dapat bau apa yang dimasak… Terutamanye ayam gorengnye yang dihidang panas2… Sekejap jer habis dalam tray…. Memang menarik….
So, sesiapa yang datang ke Ipoh Bolehlah merasai kehebatan menu di restoran ini…. Di bawah ni aku berikan alamat restoran tersebut untuk korang mencubanye… Highly Recommended….!!!!
Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

No 43-45, Jalan Ali Pitchay,

Ipoh, Perak, Malaysia.
Telephone : 6016-545 9000, 605-254 4318

Advertisements