Malam tadi pergi ke Shah Alam kejap jemput adik aku Anor di rumah sewanye di Seksyen 7…. Kelas cuma 2 hari ajer seminggu… Maklumlah semester akhir…. Kalau singgah Shah Alam ni, sure singgah kat satu restoran ni… Chaw Kue Tiaw dia memang sedap…..

Yang pasti memang ramai sangat orang yang singgah kat sini… So pekena kejap sebelum balik….

Sampai muncung2 mulut makannye, sebab pedas…. Sebab aper pedas, sebab makan dengan cili jeruk dia… Pehhhh… Mabeles…!!!! Agak cerdik juga tokey kedai ni mengurangkan penggunaan air…. Depa lapik pinggan dengan plastik… So takyah payah2 nak membasuh, dan pinggan dah boleh pakai semula… Memandangkan customer ramai, cara macam ni efektif bagi aku…. Tapi kalau untuk alam sekitar agak kurang membanggakan… Ia triple up penggunaan plastik….

Kedai/Gerai brother ni cuma menumpang di tepi restoran jer.. Tapi kalau dilihat customer gerai ni lebih ramai dari customer restoran tu…. Alhamdulillah business orang Melayu…. Tapi yang takutnye nanti perasaan dengki sesetengah orang jer, tak pasal2 takleh meniaga lagi brother tu… Setahu aku ini tempat ke dua dia menapak… Sebelum ni kat restoran belakang gerai dia sekarang ni jer…. Bila management restoran dah bertukar, atau sebaliknye, brother tu kena keluar dah…. 
So apa2 pun kalau mereka2 yang nak mencubanye bolehlah berkunjung di gerai tersebut seperti map di bawah ni…. Pelbagai menu juga disediakan di gerai ni seperti Chow Kue Tiaw (Udang @ Kerang), Chow Kue Tiaw Goreng, Udang Goreng (Cara yang sama dgn Chow Kue Tiaw – Udang besar2) dll lain2 lagi.

Pusat Komersil Seksyen 7 (Area belakang KFC Seksyen 7)