Hari ni sangat2 aku puas hati dengan keadaan langit dan panorama sekeliling… Kalaulah hari2 macam ni  amatlah indah, tenang dan jauh dari sebarang penyakit…. Langit biru, cuaca cerah, kalau tak sentiasa berjerebu jer…

Ini gambar yang aku rakamkan pada pukul 10.30 pagi tadi….

Cuma kat kawasan ni aku kurang senang sikit sebab pihak pemaju perumahan aku telah menjual sebahagian tanah kepada pihak lain… Dah dekat 6 bulan dah kolam yang korang nampak tu airnye bertukar warna… Dulu hijau dan sekarang dah bertambah dengan susu sikit… Kalau korang tengok masa 2 bulan lepas lagi teruk, dah macam teh susu… Inilah hakikatnye bila kawalan alam sekitar tidak dijaga… Semuanye diteroka…

Yang ini pemandangan jelas dan cerah ke arah Taman Tun Doktor Ismail (TTDI)… Bersih dan dapat lihat bangunan pada hujung tu…

Yang ini pulak dari tingat bawah… Semasa aku berada di kedai… Nampak kebiruan langit tengahari… Ini semua dapat dilihat sekiranye malam berlakunye hujan lebat, pasti senario sebegini aku akan dapat saksikan…. Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan lagi suasana begini kepada setiap umatnye… Tetapi bukan sajer memberi tetapi kita perlu sedar akan kepentingan menjaga dunia ini… Syukur….