Salam Lebaran Aidiladha pada semua blogger2 aku di merata dunia…. Macam ramai sangatlah followers dari luar negara…. Rasa2 aku pun cuma sorang jer dari Indonesia…. Hehehehe…. Lama sungguh aku menyepikan diri…. Lebih seminggu aku takde entry yang baru, padahal banyak benda dan perkara yang aku nak entrykan…. Terlalu sibuk menguruskan diri, bukan mengkuruskan badan yer… Menguruskan family…. Ke hulu ke hilir, Banting – Shah Alam – Damansara berulang kali….

Bila tengok post entry list, jarang aku punya blog tertera 1 week…. Kurang2 pun 2-4 hari… Tapi kali ini lebih seminggu sebenarnye… Bagi yang masih terjah blog aku, ribuan terima kasih diucapkan… Tapi dalam  tempoh pertapaan aku ni, aku tetap blogwalking kat blog2 korang sebenarnye… Tetap tak dilupakan…. 
So Insyaallah aku akan mula aktif semula dari masa ke semasa…. Rasa tak bermakna pulak blog aku ni sekiranye tiada entry2 baru… Rasa bersalah pun ada dengan korang semua….  Apa2 pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua blogger2 yang beragama Islam…. Makan daging korban tu berpada2lah yer… Lagi satu kalau ambil daging tu, ambillah cukup2 untuk kita sahaja tak perlulah mengambil dengan kadar yang banyak, sebab lebih ramai lagi yang berhak mendapatkannye…. Bagi kita yang berkemampuan tu, beli sahaja dekat pasar…. Mentang2 daging free, tapi adakah hasil korban tersebut untuk golongan seperti kita…. Perasaan tamak masih ada dalam diri kita sebenarnye, so tahun ni berpada2lah yer, ingat pada mereka yang berhak menerimanye….