Setelah sekian lama aku tak update blog aku, akhirnye dapat juga meluangkan masa buat entry ni… Orang lain sibuk beraya haji tapi aku sibuk bertunang…. Hehehehe…. Nak buat macamana, dah jodoh….

Bertunang pada hari raya ke dua Aidil Adha…. Pasangan : Fara Noraiza Zakaria…. Majlis dilangsungkan di Kajang Utama, Kajang… Tempoh ikat : 1 tahun (mungkin cepat sikit kot….)…

Amacam….??? Lawa tak….???? Hehehehe…. Sebenarnye bukan aku yang bertunang, 2 pupu aku yang bertunang sebenarnye…. Dah besar dah pupu@kupu2 aku ni…. Dulu masa dalam pantang mak aku yang jaga… Sebab tulah rapat….

Bersama Maklongnye…. Mak akulah….

Yang ni family adik aku Azu…. Dari kiri : Azu, Raja Kecik (Harris), Fara, Melly dan Is….

Masa ni bukan aku photographernye… Tapi memandangkan aku bawa kamera, so aku tangkap untuk koleksi aku sendiri…. Lama tak menembaklah katakan…. Gatal juga jari jemari aku ni… Ayat…!!! Tak hingat….!!!!

Adik ipar aku petang tu menjadi mak andam terjun…. Sebab mak andam yang sebenar dah balik… Takde siapa yang pandai buka sanggul dan rambut palsu atas kepala tu…. Adik ipar aku Is ni dah biasa dengan hal2 macam ni, maklumlah Fashion Designer…. Haaaa…!!! Yang kat belah kanan tu, assistant mak andam, Melly…

Anak buah aku sorang ni pulak tengah ligat, pantang nampak aku mesti nak ke arah aku… Tengah2 tangkap gambar, tiba2 jer terasa ada orang kat belakang, rupa2nye dia…. Nak minta dukung…. Aduiii pengsan pakngahnye…

Bila tangkap gambar dia, suka buat muka dan angkat kening…. Dah jadi stail dia pulak sekarang… Dekat pukul 6.00 petang baru aku dan family balik… Adik aku Azu terus balik Damansara, manakala aku dengan mak aku ke Shah Alam sebab nak pickup adik aku Anor…. Sampai di Banting dekat pukul 8.30 malam…. Penat giler, kononnye malam tu nak balik ke Damansara, boleh pulak pening kepala dan badan naik demam… Postpone esoknye baru balik Damansara….

Itu sahaja kisah aku di hari raya kali ini…. Rasanye terlampau banyak perkara yang nak aku entrykan… Insyaallah aku akan terus berentry lepas ni…