Salam 1 Malaysia…. 2 minggu lepas agak sibuk sikit dan salah satunye menguruskan urusan merepair rumah aku satu lagi di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan.…. Rumah ni aku sewakan ajer pada orang… Memandangkan jauh dari tempat kerja dan taknak rumah tu kosong macam tu jer so aku sewakan ajer… Dah dekat 6 tahun sejak ambil kunci, dan dalam masa itu jugalah aku sewakan pada orang…. Sewanye tu aku bahagi 2 dengan mak aku…. Buat belanja apa yang patut….

Dah masuk 4 family yang dah menyewa rumah aku ni… Kebanyakkannye duduk sementara rumah mereka siap… Yang paling baru (ke-4), awal bulan lepas baru jer masuk…. Yang aku geramkan pada penyewa yang ke-3…. Tak jaga rumah seperti yang pertama dengan ke-2… Sampai frame tingkap dapur naik anai2 pun dia tak bagitahu…. Dah naik roboh tingkap tu… Kalau awal2 dia bagitahu senang nak cari company settlekan…. Bila check semula rumah sebelum penyewa baru masuk, pening kepala aku dibuatnye….
So minggu tu juga aku kena cari orang untuk gantikan frame tersebut dan repair apa yang patut…. Jadi untuk penyewa yang baru tu aku dah sound awal2 minta jaga rumah aku ni seperti rumah dia juga….

Upah Indon 2 orang buat kerja2 repair ni, barang aku beli sendiri…. Kalau suruh orang lain repair seperti iklan2 tepi jalan tu, Masyaallah punyalah mahal diaorang ketuk… 3-4 kali ganda…. Dan indon2 ni pun aku kenal, diaorang ni adalah orang yang sentiasa menjaga rumah mak aku di Banting… Tolong repair apa sahaja sehinggalah berkebun…. Orangnye ikhlas cari rezeki…. So, kebajikan diaorang pun aku kena jaga…

Hari Ahad tu, aku bawa mereka dari Banting pukul 7.30 pagi dan sampai di Seri Kembangan dekat pukul 9.00 pagi…. Barang2 dah aku beli semalamnye…. Tinggal diaorang nak pasang jer… Cuma pintu dapur kena tempah sebab framenye saiz lain…. Dalam 2 minggu baru siap….

Ada 2 frame tingkap untuk dapur rumah aku ni…. So makan masa sikitlah…. Tengahari tu aku tanya nak makan dulu tak…??? Aku ajak makan dulu baru sambung buat kerja… Diaorang kata, siap dulu kerja baru makan dan boleh balik terus…. Tapi diaorang nak air manis sahaja dulu…. Aku pun ke kedai belikan air untuk diaorang…. Baguskan komitmen diaorang….
Siap semua kerja2 merepair hari tu dekat pukul 3.00 petang… Kesian pulak aku tengok diaorang, lambat makan tengahari…. Balik tu aku singgah ke kedai mamak, untuk makan… Aku kata kalau korang nak makan apa, ambil sahaja jangan malu2…. Kiranye puas hati jugalah aku tengok diaorang makan…. Dan yang pentingnye rumah aku siap dengan kerja2 yang sangat2 teliti…. Tinggal nak cat semula dinding yang baru diplaster hari tu… Tunggu betul2 kering baru baru boleh cat…. Aku cadang nak cat seluruh rumah lepas ni…. Mungkin minggu ni kot aku bawa mereka mengecat pulak….