Kalau akuberada di Banting, gerai2 menjual buah2an memang banyak…. Tapi dalam banyak2 gerai, gerai satu ni lah yang selalu aku bergaduh dan bertekak…. Mengenai apa…??? Pasal bila kat gerai buah tu, buah longan dia cantik jer rupa… Tapi bila sampai rumah mulalah rupanye macam tak elok…. Hampeh tul….

Walau macamana marah sekali pun aku kat gerai satu ni, tapi aku tetap juga beli buah2an kat sini sebab pelbagai buahan kampung ada kat sini… Korang nampak tak yang tergantung atas tu…??? Buah rambai pun dia ada jual… Kalau kat kampung aku Melaka, bersepah tiada siapa yang nak makan…. Kera pun malas nak layan….

Mak aku seminggu sekali akan suruh aku singgah ke gerai ni…. Kadang2 tu aku angkut sekali mak aku, sebab kalau mak aku ada pasti budak yang jual tu tak terkata apa…. Sebab bab tawar menawar ni serah kat mak aku…. Memang dapat punya…. Hehehehehe….