Amacam…. Ada rupa watak Anakin Skywalker dalam movie Starwars tak…..???? Cermin mata nilah yang aku tunggu2 setelah sekian lama….

Sebenarnye sajer check mata kat Focus Point di Ikano… Sebabnye nak tahu tentang kesihatan mata aku selama ini… Sejak 4-5 bulan ni aku rasa kurang focus pada pandangan aku…. Mungkin aku dah tak amalkan memandang pokok2 setiap pagi kot…. Bangun2 pagi bersiap terus ke office….

Rupanye mata aku ada masalah silau, rabun ok… Menurut Focus Point, disebabkan silau tu mendatangkan rabun sedikit tapi tidak ketara… Tapi silau aku tinggi… Rabun cuma 75 sebelah kanan dan 100 sebelah kiri…. Apa nama untuk situasi aku tu aku tak ingat…

Sepanjang umur aku dah mencecah 35 tahun ni, inilah first time aku check mata…. Adik beradik aku semuanye pakai cermin mata termasuklah mak aku dan arwah abah aku…. Tahun nilah giliran aku pulak…. Tapi takdelah seteruk yang lain2 family aku…. Alhamdulilah….

Setelah memikirkan kesan2 akan datang, so dengan tidak relanye hati aku terpaksa akur bahawa mata aku perlukan cermin mata akhirnye…. Sedihnye…. Terhad dah penglihatan aku…. Semasa mencuba cermin test diaorang tu, memang betul2 sharp penglihatan aku time tu…. lagi satu terang semacam jer…. Memang sah kena pakai jawabnye… Tapi mungkin ini adalah kali pertama, so masa cuba berjalan sambil memakai cermin tersebut, aku rasa macam lantai tu lembut jer…. Terasa tinggi rendah jer semasa melangkah…. 
Macam orang mabuk berjalan pun ada…. Mungkin sebab tak biasa lagi kot…. So petang tu secara rasminye aku tempahlah cermin mata pertama aku…. Kos murah jer…. Seminggu sebelum ni wife aku tempah cermin mata baru, dekat RM500.00 juga harganye…. Aku juga yang kena belanja…. Tapi time aku takde siapa yang nak tolong bayarkan…. Hehehehehe……
Itulah bahananye kalau kerja2 kita ni sentiasa mengadap komputer…. Lagi2 komputer yang screen kecil dan tiada filter…. Lagi satu mengadap komputer dalam bilik yang gelap…. Huhuhuhuhuhuuu… Sedihnye aku…..