Dah start busy dah aku minggu ni…. Hari ni baru dapat kesempatan nak buat entry ringkas untuk korang…. Semalam seharian mengadap iMac aku… Naik muntah dibuatnye…. Boleh pulak grafik fail hilang entah ke mana… Satu kekeliruan melampau betul… Nasib baik sempat siap dan hantar ke office Cheras….
Tinggal lagi 2 lagi projek kena settlekan…. 1 projek sederhana besar dan 1 lagi mega besar…. Yang ni pengsan sikit… Dah sure duduk mengadap PC 24 jam non-stop…. Makin rabunlah mata aku jawapnye… Sekarang workstation aku dua2nye dah ada kat Damansara… Sebab kena run dua2 sekali…. 

Yang aku nak ceritakan sebenarnye aku nak ucapkan Tahniah kepada pasukan Harimau Muda Malaysia kerana memenangi pingat emas untuk acara bola sepak hari tu…. Puas hati tengok Indonesia kalah…. Kalah di tempat sendiri tuuuuuuu….. Adui kesian betul…. Tapi lepas tu kalah pulak dengan Syria… Takpelah takde rezeki lagi…. 
Haaaaa kan aku dah kata, tup2 hari ni dah hari Khamis…. Kejap jer masa berlalu…. Esok dah Jumaat… Isnin cuti… Seronok2…. Mewah dengan cuti kalau duduk Malaysia ni berbanding dengan negara lain… Tapi apa2 pun aku bangga menjadi rakyat Malaysia…..