Salam Maal Hijrah pada semua umat Islam…. Alhamdulillah berhijrah lagi kita tahun ni dan masih lagi dipanjangkan lagi umur di dunia ini… Hujung minggu ni aku masih lagi bersama dengan anak buah aku Raja Kecik…. Mamanye a.k.a adik aku Azu balik kampung di Banting dengan Melly… Bapanye ada fesyen show event… So bagi menyenangkan adik aku Azu balik, aku ambil budak kecik ni…

Biasalah kalau dengan pakngahnye, pasti ada ajer aktiviti untuk dia…. Kiranye semalam, pagi tu aku ke Garden, Mid Valley hantar wife aku ada appointment dengan kakaknye… Aku ni kalau kat Mid Valley malas sikit nak berjalan sebab ramai sangat umat manusia… Lepas hantar wife aku, aku dengan adik aku Anor ke Ikano dan Curve ajer… Relaks sikit….

Mula2 tu bawa jalan kat Petworld Ikano, lepas tu ke Toys R Us… Kat sini lama sikit, bagi dia tengok permainan dan colour2 yang ada…. Aku pegang tangan dia jer dan ikut dia berjalan….

Lepas tu ke area foodcourt Ikano beli makan tengahari…. Beli nasi ayam, popia besar, kuih muih dan macam2 lagi…. Dari makan tengahari hingga minum petang…. Sampai rumah terus uruskan Raja Kecik dulu… Tukar pampers, lap badan, tukar baju, bedak2, bagi makan, main kejap lepas tu tidurkan dia….
Macam tulah aktiviti aku hujung minggu kalau dengan Raja Kecik…. Dulu perkara yang sama juga aku buat dengan Melly… Sekarang ni Melly dah sombong sikit…. Sebab mainan kat rumah dia banyak, so tu yang dia malas nak lepak kat rumah aku…. Siap suruh adik dia yang pergi ke rumah aku…. Takpe giliran Raja Kecik pulak dengan aku… Tapi Raja Kecik ni manjanye dengan lain macam betullah… Langsung taknak berenggang…. Tak nampak aku jer terus nangis…. Ishhh…. Ishhhh….