Sangat berpuas hati aku hari ni… Maklumlah pagi2 lagi dah keluar rumah menuju terus ke Sri Hartamas untuk renew passport internetional yang dah dekat setahun tamat tempoh… Baru ada kesempatan nak buat… Hehehehe… Lagi satu sebab ada tujuan lain tahun depan…. Sebab dah ada budget sikit tu yang terus buat tu… Lagi2 sebelum aku start sibuk giler babun tak lama lagi…..

Aku berempat, wife, mak dan adik aku Anor ke Pejabat Imigresen Cawangan Jalan Duta…. Tempat baru dan orang tak ramai…. Tak seperti aku buat di Pelabuhan Klang dan juga di Kompleks PKNS Shah Alam…. Rasa nak maki jer…. Kat sini relaks giler2….

Aku sampai pukul 8.20 pagi, terus ke kaunter nombor dan serah borang… Pukul 8.30 pagi nombor naik… Terus ke kaunter pegawai yang ambil maklumat (serah borang) dan lepas tu ke kaunter pembayaran pulak…. Lepas tu tunggu dalam sejam…. Dalam menunggu tu siap pergi ke cafe untuk breakfast dengan family aku…. 

Dah kenyang kat cafe gerak naik ke pejabat balik untuk ambil passport baru…. Masuk je pintu, rupanye pegawai Imigresen di Kaunter 28 panggil aku… Aku tak perasan sebab sibuk cari tempat duduk… Lepas tu nampak pegawai tu panggil aku kata passport dah siap… Aduii baiknye lah pegawai tu…. Sign apa yang patut, dah settle dalam tempoh sejam….. Alhamdulillah…. Takut juga kalau2 ada apa2 yang sangkut… Hehehehehe… Maklumlah orang kaya sangat ni…..