Inilah dia butik yang bakal di buka oleh anak buah aku Intan… Butik pakaian remaja ini akan dibuka di Seksyen 7 iaitu berhadapan kawasan Komersil Seksyen 7….  Sebelum ni, dia menjalankan jualan secara online SINI (bagi mereka yang ada FB)…. Sila refer map di bawah ni untuk ke lokasi butik :

Bagi mereka yang berada di Shah Alam atau student UiTM, mesti korang tahu…. Sebaris dengan Tutti Frutty, Sendayu Tinggi, Avon dan kedai roti Kings…. Butik ni betul2 di atas Kedai Bakery Kings….

Ini adalah kerja2 pemasangan karpet di butik tersebut…. Time ni aku temankan dia menunggu orang pasang… Maklumlah perempuan…. Risau juga aku…. Karpet ni beli terus di gedung Jakel dan pemasangannye dari company dari kajang…..

Berpeluh2 aku tengok pakcik ni buat kerja…. Aircond masih belum dipasang…. Sebab grill belum buat lagi… Takut nanti kena curi pulak…. So buat yang mana dulu….

Kedai ni memang besar dan luas…. Memang puas hati…..

Tokey tengah berehat sebab perut kitaorang lapar giler… Dari pagi tak makan…. Menunggu orang datang pasang karpet dan maintenance kedai repair sinki…. Pukul 11.00 pagi orang pasang karpet datang dan siap pukul 3.30 petang….

Dalam kerja pemasangan karpet, dalam pukul 12.00 tengahari, orang pasang wallpaper pulak sampai… Cantik, masa yang sesuai…. Yang ini dari Bandar Baru Klang…. Takdelah jauh sangat….

Kerja2 mengukur wallpaper sedang dijalankan…. Amat teliti diaorang ni…. Dah biasa buat untuk rumah2 VIP….  Yang baju belang oren tu adalah tokeynye….

Kerja2 penampal dimulakan…. Sangat2 teliti dan pro diaorang ni buat kerja…. Ada cara dan teknik untuk menampalnye….

Satu persatu kepingan diaorang tampal…. Aku dengan Intan melangak tengok diaorang buat kerja…. Terfikir juga kitaorang, kalaulah kitaorang yang buat, apa jadi yer…. Hehehehe….

Dah settle satu bahagian…. Yang ini adalah ruangan kaunter sebenarnye dan juga signboard kedai nanti…. Nampak tak mandor tengah berbincang dengan tokey wallpaper….

Intan dah seronok dah bila tengok wallpaper dah siap…. Dia punya idea sebenarnye…..

Ini adalah pintu masuk butik…. Pintu asal akan ditukar kepada pintu glass, mudah untuk tengok dan monitor orang yang datang berkunjung nanti….

Nampak tak betapa luasnye kedai ni… Karpet pun dah siap dipasang…. Wallpaper dah ditampal…. Kalau nak buat run away untuk catwalk pun boleh…. Dalam perancangan…. Modelnye aku… Hehehehe… Tak kuasa nyahhhh….. Awwwww…….

Yang ini satu lagi ruangan wallpaper… Kalau tak silap aku untuk diletak cermin display dan kawasan fitting room….

Tokey happy setelah semuanye selesai…. Aku sendiri pun seronok bila tengok semuanye berjalan lancar…. Sebab masa pagi tu, masuk2 jer semuanye kosong jer… Lantai pun simen jer yang ada….. Tapi petang tu bila dah siap semuanye, barulah ada rupa kedai….. Insyaallah kalau mengikut perancangan Intan, butik ini akan dibuka pada Januari 2012…. So bagi mereka2 yang berhampiran, bolehlah datang nanti dan menjengok butik tersebut sebagai sokongan bagi mereka yang baru berjinak2 dalam perniagaan…. Terima kasih…. 
*Kalau datang bagi tahu korang blogger Chilabaey’s Spot, nanti aku bagi diskaun…. Hhehehehe….