Salam 1 Malaysia…. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia Blog Chilabaey’s Spot yang tak seberapa ni… Blog picisan peneman aku di kala sunyi…. Banyak aktiviti aku setiap hari dan hujung minggu…. Dalam sibuk2 tu ada juga masa untuk merajinkan diri berbuat sesuatu untuk family yang datang…. Lama sebenarnye aku nak masuk dapur tunjuk skill kat orang ni… Hehhehehe….

Hujung minggu lalu kalau tak silap, entah apasal terlebih rajin pulak malam tu…. Tengok apa ada dalam drawer dapur, yang boleh dijadikan sajian ringkas untuk pencuci mulut…. Aku nampak sagu mata ikan, gula merah dan santan… Kebetulan dalam peti ais aku ada daun pandan… Wah menarik ni…. Mak aku perhati jer dari jauh apa yang aku nak buat…. Sikit2 tanya, kejap2 tanya lagi… Aku kata, adalah…

Untuk kali ke berapa entah, aku buat sajian Sagu Mata Ikan bersama santan dan air gula merah… Dulu pun aku ada entrykan menu yang sama… SINI …. Sebab aku rasa ianye ringkas dan cepat disediakan…. Cuma makan masa untuk menunggu ia sejuk sebelum dihidangkan…. Sagu perlu direndam dahulu dalam setengah jam sebelum kita mula memasaknye, tujuan untuk mempercepatkan ianye kembang….

Ini merupakan salah satu bahan utama untuk hidangan tersebut iaitu santan…. Santan ini dimasak dan ditambah garam sedikit untuk menyedapkan lagi….

Dalam menunggu sagu menjadi kembang dan masak, biasanye aku akan mula masakkan air gula merah atau gula kabung kalau ada…. Sebab aku malas nak racik gula kabung, so aku gunakan sahaja gula merah…. Gula kabung lagi sedap berbanding gula merah sebenarnye…. Kita masak sekali dengan daun pandan untuk menaikkan aromanye….

Ketiga2 bahan utama iaitu sagu mata ikan, santan dan air gula sudah pun siap…. Sejukkan dahulu sagu sebelum dihidangkan…. Air gula merah tu kita tapis dahulu, kalau tak nanti terasa berpasir…. Semua bahan kita sejukkan dahulu… Aku lebih suka makan dalam keadaan sejuk….

Beginilah sagu mata ikan yang telah diap dimasak…. Tapi semasa aku masukkan dalam mangkuk, ianye masih panas…. So aku masukkan ke dalam freezer dahulu untuk mempercepatkan lagi proses tersebut… Jangan lupa sudah, mahu beku pulak sagu tu nanti….

Sebab malam tu ramai tetamu, padahal family aku jer…. So aku buatkan 5 mangkuk jer….

Time ni semuanye telah sejuk dan kerja2 menghias pun bermula…. Presentation tu penting walaupun tak sedap mana…. Biasanye aku akan letak laici atau longan untuk makan hidangan bersama…. Macam wife aku tak minat letak buah2 tu…. Gula merah aku letakkan dalam sudu seperti dalam gambar…. Eksyen jer tu….

So macam nilah rupanye hidangan ringan pencuci mulut dari aku malam tu…. Sagu mata ikan bersama santan dan gula merah…. Hidangan yang ringkas dan mudah dibuat….

Kadang2 tu kena rajinkan diri di dapur untuk buat sesuatu yang jarang kita buat… Malam tu mak aku puji, masakan aku sedap…. Entah ikhlas ke tidak aku tak tahu… Hehehehe….

Ni budak yang mencetuskan idea untuk aku masak malam tu…. Anak buah aku Intan…. Sibuk tanya ada dessert ke…??? Malam esoknye pun dia tanya lagi… Banyak cantik, korang pulak masak untuk pakngah….!!!!

Khusyuk menjamah hidangan tersebut…. Tak sedaplah, apalah, tapi habis dan bertambah juga…. Hehehehe… Aku sebenarnye memang suka memasak…. Sejak sebelum kahwin lagi, tapi bukanlah hidangan yang berat2…. Yang ringan2 tu bolehlah…. Tapi aku suka buat dessert, yang mudah dan cepat disediakan…. Macam nilah aktiviti aku bila family aku datang ke rumah…. Oklah nanti kalau aku ada main masak2 lagi, aku entrykan yer…