Siapa yang dera….???? Memang tak patut betullah…. Dahlah mop lagi tinggi dari budak tu…. Hehehehehe… Sebenarnye aku yang suruh dia mop lantai…. Entah apa dia buat, boleh pulak lantai basah…. Anak buah aku sorang ni Melly main air masa kitaorang kat dalam…. Mula2 tu mak aku yang mop… Bila dah bersih, aku suruh dia pulak yang mop…. Hehehehee… Kasi reging sama anak buah….

Macam iyer2 jer dia mengemop… tapi bolehlah…. Mula2 tu oklah, lepas tu mulalah merepek….

Lepas mop lantai, terus masuk bilik lompat2 atas katil…. Aduiyaiiii… Tak reti letih budak sorang ni…. Inilah anak buah kesayangan aku….. Dah makin meningkat umurnye… Tahun depan dah start sekolah….