Kurang asam betullah budak Negro ni… Boleh pulak dia urut kepala aku masa menunggu kat outlet Domino’s Pizza malam tu…. Sekali aku lesing baru tahu….

Malam2 cari makan, inilah kerja aku kalau aku berada di Damansara… Lagi2 kalau adik aku Anor ada…. Budak tu giler western…. Pizzalah, macaronilah, spegetti lah…. So, layan jerlah….

Kebetulan aku berada di area Sri Damansara malam tu, so singgahlah kejap kat outlet Domino’s Pizza… Dah alang2 kat sana, takyah aku ke Taman Tun Doktor Ismail (TTDI)… Sekarang ni Domino’s Pizza dah ada 4 jenis doh yang kita boleh pilih iaitu :

1.  Classic Hand Tossed (aku suka yang ini)
2.  New York Crust (garing sikit dohnye)
3.  Crunchy Thin Crust (favorite wife aku, bagi aku tak puas makan)
4.  Chessy Double Decker (favorite aku ni)….

Nampak tak tak sudah2 budak Negro tu usik kepala aku…. Oklah gambar2 di atas sebenarnye adalah gambar secara kebetulan yang ditangkap oleh adik aku menggunakan iPhone jer… Bila aku check semula gambar, wah menarik betullah budah Negro kat belakang tu… Adik aku sendiri pun tak perasan sebenarnye…. Itulah dinamakan gambar yang mempunyai seribu makna….