Salam 1 Malaysia semua… Sejak beberapa hari ini agak kelang kabut jadual aku… So, blog pun ikut sama…. Entry melambak tapi tak sempat nak publish dengan ayat yang berbunga2… Entry kali ini adalah untuk peringatan dan untuk aku maklumkan bahawa Blog Chilabaey’s Spot aku telah di HACK pada 23-24 Disember 2011 hari tu…. Jangan kata blog aku jer, siap dengan akaun FACEBOOK aku sekali kena…

Time tu aku baru jer balik hantar mak aku ke Kajang sambil makan2 sebab mak aku nak ke Singapore dalam 2-3 minggu…. Ikut saudara aku yang buka Gerai Makan Warung Zack (Mee Bandung Muooo)… Kat sana ada Wan aku, so mak aku nak rehat kejap dan sebenarnye dah lama sangat tak jumpa…
Ok2, berbalik semula tentang hal blog aku di HACK…. Bila aku masuk jer ke blog aku, tiba2 terpapar 1 message… Apahal pulak ni…????!!!!!  Tak pernah2 pulak keluar benda alah ni….

Lepas tu keluar pulak 1 lagi message… Yang menyatakan peratus level security blog aku….. Lagilah aku panik…. Habislah blog aku, dah kena HACK dek orang…. Itu yang terfikir time tu…. Payah ni…. Bila aku okkan ajer, blog aku bertukar wajah….

Hampeh betullah manusia ni… Siap ada lagu lagi….. Berakhirlah blog kesayangan aku akhirnye….. Bila kita kena HACK, password untuk akaun blog kita pun telah ditukarnye…. Memang handal betul budak  ni…. Suka2 hati jer dajalkan orang…

Inilah FB budak yang HACK aku tu… Ramai juga yang kena HACK macam aku time tu… Ikut group2 kot… Yang bestnye blog aku yang pertama disenarai biru kan oleh budak ni… Memandangkan aku buka lambat, so dapatlah juga tahu macamana nak pujuk budak ni untuk beri balik blog aku tu… Sedih2 aku dibuatnye…

So berlakukan adegan pujuk memujuk dengan pengHACKER tersebut… Dan nasib aku baik pagi2 buta tu sebab dia tak tidur lagi… So dalam sejam macam tulah aku kena main pujuk memujuk dengan dia… Psikologi pun kena main peranan juga… Dalam sejam lepas tu, blog aku diberikan semula tetapi segala password untuk Blogspot dan Facebook kenalah tukar yang lain…. Icon kat FB pun kenalah tukar semula sebab kalau tak ianye gambar HACKER tersebut….
Dan sekarang ni aku rasa apa2 maklumat penting samada di E-Mail Yahoo ke, Gmail ker, Facebook ker dah tak secure lagi dah… Senang sangat dicerobohi…. Sebab yang menciptanye adalah manusia…. Cuma ciptaan Allah sahaja yang susah untuk kita sebagai manusia ubah…. So renung2kanlah yer…. Dan bersiap sedialah untuk anda di HACK…. Serammmmm…. Selamat Hari Jumaat…