Menanti detik dah sekarang ni kan…??? Ada yang nak celebrate dengan kawan2, ada yang dalam perjalanan, ada yang dah sampai di shopping complex untuk sambut ramai2 detik 12 malam tahun baru dan  ramai juga yang masih membuta dan tak ingat sangat esok dah masuk tahun baru….
Tapi bila bercerita tentang masuknye tahun baru ni, adalah seorang tu letakkan status kat FB tentang tahun baru :
“JANGAN MASUK TANDAS TENGAH MALAM INI, BAHAYA UNTUK SEMUA ORANG TAK KIRA LELAKi ATAU PEREMPUAN….”
Dalam fikiran aku, apasal pulak… Rugi kot tak sempat nak kirakan detik 12 tengah malam sebab tengah buang air ker hape…!!!

Tapi alasan budak tu lebih efisyen dan menggelikan hati aku sebenarnye… Jawapan yang diberikannye adalah :
“KALAU MASUK TANDAS TENGAH MALAM NI, NANTI KITA HANYA BOLEH KELUAR PADA TAHUN DEPAN… TAKUT….”
Hampeh…. Tapi ada kelakarnye… Betul juga….

So, di hari terakhir tahun 2011 ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua followers serta semua mereka yang membaca blog picisan aku ni dan tak terkecuali kepada silent readers, walaupun dalam diam ia tetap aku hargai….
Moga tahun baru ini dapat memberikan satu lagi perjalanan kehidupan untuk diri aku dan family untuk menyambung sedetik lagi sisa2 kehidupan di dunia ini… Insyaallah….  
….SELAMAT TAHUN BARU 2012….