Salam 1 Malaysia semua… Hari ni merupakan entry pertama aku untuk sudut Jalan-Jalan Cari Kolestrol (JJCK) 2012… Kiranye entry JJCK sulong lah ni… Untuk entry sulong JJCK kali ni aku mengajak korang memancing makanan di Fish & Co Restaurant…. Sebelum ni pun ada juga aku ceritakan tentang restaurant ini dan jenis makanan yang disajikan, cuma nak tayang apa menu terbaru yang aku makan di sana pulak kali ni….

Bagi followers yang dah lama menjadi pembaca setia aku, diaorang mesti dah tahu blog ni akan tayang gambar2 yang aku makan dalam JJCK ini… Ianye sebagai panduan untuk mereka atau rujukan untuk menikmati hidangan di sesuatu restaurant yang aku maksudkan… Takdelah termangak2 bila masuk restaurant2 sebegini…
Kali ini aku bersiaran di Fish & Co di One Utama… Sebab bershoppinglah kononnye di sana minggu lepas… Dan teringin pulak nak makanan laut, so malam tu cadang dengan wife aku untuk bersantap di sana…. Macam putera raja pulak bersantap2…

Kat sini agak full kalau dalam waktu lunch, malam pun sama juga… Lagi2 kalau time gaji…. Time ni dah settle order tinggal nak tunggu menu sampai jer… Tu yang termangak2 tu…

Wife aku pun sama, sibuk dengan iPhone dia ajer… laparlah tu… iPhone aku pulak kat adik aku tengah pakai… Ooooo kali ni masih bersama dengan geng  JJCK aku… Terdiri dari wife aku dan adik aku Anor…

Yang ini air untuk adik aku Anor… Cola Tonic…. 

Yang ini pulak wife aku punya, Passion Fruit… Yang ini set dengan Soup Of The Day sekali… Soup untuk hari tu adalah Mushroom Soup…

Yang ini hidangan pertama, Mussels In Garlic Lemon Butter Sauce… Yang ini adalah menu wajib kalau aku ke sini… Memang sedap giler…. Cicah pulak dengan roti yang disediakan… Perrhhhhh…. Cuma kali ni Mussels nye kecik selalunye besar2….

Dalam masa tu juga menu wife aku pun sampai…. Kali ini wife aku order Crispy Whole Line Fish… Side dishnye sayur campur dan kentang goreng… Punyalah besar ikan dia… Seekor ikan siakap di goreng garing… Ambik engko… Ingatkan kecik… Boleh makan untuk 2 orang sebenarnye…

Ini dia menu wife aku malam tu, Crispy Whole Line Fish….. Ikan tu disalut Portuguese Chili Souce… Sedap giler menu ni… Tak rugi order….

Mula2 tu adik aku order New York Fish & Chips, menu tu dah habis… Lepas tu order Italian Fish & Chips, pun sama juga… Dia dah bengang dah… Hehehehe…..

Last2 ini menu adik aku, Afrika Fish & Chips… Agak pedas2 sikit sambalnye… Pun sedap juga…

Ok kali ni turn aku pulak…. Lagi giler malam tu sebenarnye… Nak tukar menulah katakan… Tapi sebenarnye dah lama nak cuba, tapi macam segan2 pulak nak order…. Sebab dia lain dari yang lain… Untuk sekian kalinye, aku pun orderlah menu ni…

Inilah menu aku malam tu, Swordfish Collar with Spice Mango Souce... Side dishnye aku ambik nasi dan kentang… Ambik engko…. Sekali sampai punyalah besar ikannye… Dalam buku menu nampak kecik jer…. Pun boleh makan untuk 2 orang…. Puas hati…. Menu ini menggunakan ikan Swordfish, tahu tak ikan apa tu…??? Ikan todak yang besar tu…. First time aku makan ikan todak…. Texture isi ikan tu agak berlainan dengan ikan2 yang pernah aku makan… Tapi sedap giler…. 

Masa makan tu aku dah budget dah, aku mampu makan 1 jer dari 2 ketul yang disediakan… Besar giler…. Kalau aku dapat habiskan memang dahsyatlah perut aku ni…. Makin bertambahlah kolestrol aku jawapnye…. Hehehehe…. Tapi malam tu memang puas hatilah sebab dapat makan menu yang nak dicuba selama ini…. Lepas tu aku ni suka tengok Discovery Channel tentang nelayan yang menangkap Swordfish ni… Kat bawah ni selingan tentang kisah nelayan Sword Fish tersebut… Diaorang tangkap, aku yang makan….
Korang layan yer… Ikan mana yang aku makan malam tu….
Dah settle makan malam, macam biasa jalan2 lagi sambil window shopping…. Terjebak pulak kat outlet Juice Work ni… Wife aku kalau lalu mesti singgah punya… Mentang2 member card holder…. Ada diskaun… Yang aku dah kekenyangan dah… Tapi cara aku kalau lepas makan kat luar, aku akan jalan sampai penat, lepas tu baru perut aku reda…. Macam senaman jugalah…  Takdelah senggah perut bak kata orang Perak…. Hari tu wife aku beli sesuatu dan adik aku pun sama juga di One Utama ni… Aku belanja makan jer…. 

Oklah bagi mereka yang belum mencuba menu di Fish & Co Restaurant ni bolehlah datang sendiri mencubanye…. Itu sajer entry sulong JJCK aku untuk tahun ini, akan ada lagi entry2 baru selepas ini untuk dikongsi dan menjadi rujukan korang nanti yer…

FISH & CO (SEAFOOD IN A PAN)