Alamak lambat pulak entry aku nak keluar hari ni… Apa2 pun Salam 1 Malaysia semua…. Kali ni aku nak story morry kat korang tentang aktiviti aku… Teksi Ulat kat KLIA dengan aku kadang2 tu takdelah beza sangat…. Hehehehe… Cuma ulat2 ni dapat payment dan aku cuma dapat pahala (harap2lah)…. Bukan budak yang aku pegang tu ulat yer… Itu anak buah aku di Ipoh (anak abang ipar aku)… Time cuti2 sekolah ni rajinlah berjalan ikut atoknye datang KL…

Hari Ahad yang lepas aku ke KLIA untuk pickup kakak ipar dan biras aku dari Mekah… Kakak ipar aku dengan anak2 nye ke sana buat Umrah…. Biras aku pulak memang bertugas sebagai Arkitek di sebuah syarikat di Mekah, kiranye datang melawat suami dan mengerjakan Umrah sekalilah…. Bestkan…. Biras aku siap dapat buat Haji lagi semasa di sana baru2 ni… Untung besar betul dia kat sana…

Dalam menunggu flight sampai macam biasalah merayau2 dengan anak buah yang tak duduk diam ni…. Sebab aku sampai awal sikit, ketibaan pukul 1.00 petang dan aku sampai pukul 12.30 tengahari… Sekali tengok budak ni buat macam tu dah rupa Yoda dalam movie Starwars pulak rasanye…. Hehehehe….

Punyalah lama menunggu, rasanye dah habis tempat dah aku merayau…. Tak juga keluar… Kalau ikut notice board, flight dah sampai dah… Ini mesti banyak barang diaorang bawa balik ni… Lama menunggu beg masing….

Akhirnye pukul 2.30 petang baru nampak kelibat biras aku dengan anak lelakinye… Sahlah memang barang yang dibawa balik banyak….

Yang ini pulak kakak ipar aku dengan anak perempuannye keluar… Pun banyak juga beg yang dibawa…. Shopping betul ni…. Macam tulah aktiviti aku dengan family, bagi aku family mertua dan family aku sendiri perlu diberikan ruang untuk mereka… Ruang untuk bersama walaupun sekejap… Itu pun selagi mereka ada…. Kat bawah ni beberapa gambar yang kakak ipar aku sent kat phone semasa diaorang di sana… Puas hati dapat bergambar berlatarbelakangkan Kaabah…

Masa aku mengerjakan Umrah dulu, larangan membawa kamera sangat ketat… Sampai dalam poket seluar pun diaorang check… Kalau bawa juga pengawal akan rampas… Atau korang duduk luar takleh masuk dalam masjid… Ingat lagi masa buat Umrah time tu, dalam Masjidil Haram di tingkat atas… Jalan2 sambil berborak tentang kamera…
Biras aku ambil kotak rokok dia buat2 macam nak tangkap gambar kat Kaabah, tiba2 datang pengawal keselamatan perempuan Arab minta keluarkan apa yang dipegang oleh biras aku ni… Dia ingatkan kamera agaknye, last2 biras aku bawa keluar dan tunjuk pada dia, terus dia belah macam tu jer sambil tersengeh… Akhirnye tertipu juga makguard Arab tu…. Mungkin ada alasan diaorang tak bagi bawa kamera time tu…

Dari KLIA kitaorang terus ke Shah Alam… Tapi singgah kejap di Hentian R&R Dengkil untuk beli sesuatu… Aku tunggu dalam kereta jer… Kan dah macam Teksi Ulat… Tapi apa2 pun sedikit sumbangan tenaga dan masa yang aku luangkan, tak menjadi masalah bagi aku… Cuma perlu perancangan yang teliti lepas ni, tak minat kalau2 keputusan dibuat last minit…