Abaikan hidung aku untuk entry kali ni yer…. Dah petang2 macam ni baru sempat nak update entry…. Pagi2 tadi baru berkesempatan menghantar anak buah aku Melly ke sekolah setelah 3 hari musim persekolahan bermula…. Minggu ni busy semacam macam 2 minggu lalu… Busy ke sana ke mari… Pejabat Tanah Kuala Langat, Pejabat Tanah Petaling, Pejabat Lawyer du Seksyen 9 Shah Alam, Pejabat Pos Banting, Tenaga Nasional Berhad, Cheras, Sri Damansara dan beberapa lagi tempat dalam 1 hari….

Yang ini gambar lama semasa menguruskan hal penukaran hak milik rumah kepada adik aku… Terpacak kat Pejabat Tanah Kuala Langat pagi2 lagi kemudian petang tu datang balik… Nasib tak ramai orang dan pentingnye pegawai2 yang bertugas tak kedekut melemparkan senyuman pada aku… Gataiiiii….

Yang ini pulak ke Pejabat Pos Malaysia Banting untuk settlekan beberapa bill mak aku dan beberapa perkara lagi… Dah menjadi rutin bulanan aku…. Minggu depan nak settlekan hal lawyer pulak untuk di Shah Alam sekali lagi… Jangan projek baru masuk sudah, memang kelang kabut jawabnye…. Tapi apa2 pun selamat berhujung minggu semua dan selamat menyental baju sekolah anak2 yer….