Malam ni penentuan siapakah yang bakal menjadi juara rancanagn Masterchef Malaysia yang pertama Malaysia… Tak sabar pulak rasanye walaupun kerja ada banyak ni… Mengikut sumber, rancangan tersebut akan disiarkan secara live di Astro Ria… Uissshhh lagilah aku tak sabar…. Akan bersiaran langsung jam 9.00 malam waktu Malaysia….
Siapa yang korang sokong dan dijangka menang yer….??? Bagi aku masing2 ada kelebihan masing2…. Tak kisah siapa2 yang menang… Sebab dua2 bagus… 

Ladies first, ini dia calon juara Masterchef Malaysia iaitu Ezani… Seorang doktor pergigian… Kalau dari segi teknikalnye dia agak arif dan mempunyai kreativiti yang tinggi dari segi mengolah dekorasi makanan atas pinggan… 

Yang ini pula Calon Juara Masterchef Malaysia kedua iaitu Wahidan… Aku minat juga dengan dia sebab mempunyai bakat memasak yang amat tinggi… Walaupun seorang pekebun sahaja namun skill masakannye dan pengetahuannye tentang masakan amat tinggi… Don’t play2 yer… Kalau dia yang menang pun kira ok juga….

Kedua2 calon ke peringkat akhir ini masing2 tak poyo, tak buat hal pun dan sentiasa berdisplin tinggi… Tapi dari banyak2 peserta Masterchef Malaysia ni, dari awal lagi aku sokong kemasukannye adalah minah di bawah ni…. Hehehehehe… Suka part lesung pipitnye… 

Calon terkeluar di minggu ke berapa entah iaitu Ary Malik… Walaupun dia selebriti tapi bab masak memasak ni merupakan bab lain… Takde kena mengena dengan seni ker aper… Sedih juga hati semasa dia diumumkan peserta yang terkeluar…. Mempunyai pengetahuan yang agak tinggi tentang masakan dan dengan perangainye yang happy go lucky dan agak menggelabah membuatkan Masterchef Malaysia sentiasa ceria…
Apa2 pun good luck buat kedua2 Calon Juara Masterchef Malaysia yang pertama… Tak kisahlah siapa yang menang yang pastinye malam ni akan memberikan satu kepuasa untuk aku menontonnye untuk kalai terakhir…. Jom kita sokong mereka2 ni yer… Jumpa kita pukul 9.00 malam di Astro Ria dan juga yang pasti status di Facebook….