Satu2 nye gambar Anuar Ibrahim yang aku suka… Dah macam hero filem Tamil dah rasanye… Siapa tu, Rajini Kanth… Padayappaaaaa….!!!! Dushhh… Dushhh… 
Yang ni dari movie apa aku tak tahu, tapi macam best jer… Aku attach jugak lah untuk entry kali ini… Sama tak watak dan stail gambar di atas… Padayyappa…..

Aku bukan suka benor nak masukkan cerita pergolakan politik tanah air dalam blog aku ni…. Tak minat dengan politik, tapi bila sampai jer tarikh pilihan raya, aku akan turun membuang undi… Settle… Takyah nak kecoh2, perhatikan gelagat pemimpin dan jasanye kepada rakyat, pilih dan pangkah semasa PRU nanti sudah…. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang akan sibuk mengalahkan Perdana Menteri Malaysia….

Kiranye semalam sibuk dan rata2 rakyat Malaysia bercerita tentang keputusan Mahkamah Tinggi tentang kes liwat 2 manusia di Malaysia ni… Sorang kasi toron, sorang lagi kena toron… Aduiii…. Macam2 hal betullah…. Masa zaman Mahathir dulu tak pulaklah dengar hal2 macam ni… 
Yang aku tak minat tu bila ada kes2 macam ni, mulalah kes2 lain pulak timbul…. Sebab tulah pihak berkuasa tidak bersetuju atau menyokong sebarang perhimpunan diadakan oleh mana2 pihak… Bila dah berkumpul ramai2 ni, lepas tu banyak benor kepala yang nak memimpin, mesti akan berlaku kekecohan yang bakal berlaku… Dengarnye ada 3 letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta tengahari semalam… Dan terdapat orang awam yang kena letupan tersebut…. 

Kat Malaysia ni kalau dah ada yang mula melakukan hal2 macam ni, dah sure lepas ni ada lagi kejadian2 sebegini akan berlaku…. Siapa yang akan pening kepala, pihak berkuasa Polis Di Raja Malaysia juga… 
Bagi aku Malaysia ni sekarang dah cukup aman dan tenteram kehidupannye…. Kita dapat tengok wayang Ombak Rindu dengan aman sambil nangis2, kita boleh shopping kat kompleks membeli belah walaupun duit dalam kocek takde, kita boleh berjogging kat taman2 rekreasi sambil makan kuaci dengan anak2, makcik2 masih boleh lepak tepi padang sambil gosip2 tentang anak si polan si polan dan yang pentingnye kita masih boleh pergi mengerjakan solat di masjid2 tanpa rasa sebarang keraguan dan ketakutan…
Cuba tengok negara luar yang bergolak, takut aku tengok… Semua kebebasan tersebut dah lenyap seiring dengan lenyapnye bandar2 mereka ditimpa peperangan… Apa lagi yang kita hendakkan…???? Time belajar, belajar betul2 tak perlulah nak protes sana, protes sini… Itulah dkatakan menyusahkan mak bapak jer… Time kerja, cukup bulan dapat gaji dapat langsaikan hutang harta yang kita beli… Untuk menjamin hari tua juga… Kalau muda2 dah mula membangkang jer, bila tua esok baru nak menyesal nak buat apa… Jadi hero bukan dapat keistemewaan pun semasa kita diakhirat nanti… Yang penting kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan tanpa menyusahkan orang lain…. 
Ini pendapat aku yang tiada kaitan dengan orang lain, isihati yang terpendam selama ini…. Moga kita sentiasa aman dan tenteram berada di Malaysia ini… AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA….