Anak buah aku sorang ni sekarang tiap hujung minggu lepak dengan aku…. Rasanye dah dekat 6 minggu dah ni… Budak ni kelakar sikit berbanding kakaknye… Sekarang dah pandai berjalan, habis satu rumah di merayau… Lepas tu tak reti takut gelap… Selambe jer dia masuk bilik gelap cari makngahnye…. Minggu ni wife aku takde sebab balik ke Ipoh emergency….
Ini adalah patung mainan yang aku belikan di Toys R Us hari tu…. Nama patung tu, The Sing-A-Ma-Jigs….. Elok pulak sama jer mulutnye… Ambik iPhone snap terus…

Sejak beli tak berenggang betul dia dengan patung tu… Walaupun tak kuat untuk tekan perutnye, kat tangan patung tu pun boleh juga ditekan untuk tukar mode bunyi…. Time ni Raja Kecik tengah mencuba buka tin biskut Famous Amos aku… Dalamnye penuh dengan duit syiling sebenarnye… Berat giler tapi selambe jer muka dia angkat walaupun dalam terkial2… Workstation aku ni dah jadi playground dia dah kalau datang lepak kat rumah aku ni….

Budak yang kepenatan bila perut dah kenyang dan penat bermain… Ada sama kaa dia punya rupa…???