Semalam dan beberapa hari sebelum ni aku agak busy…. Travel dalam Lembah Klang jer, tapi jarak agak jauh dan perlu ada pada masa yang agak singkat… Macam semalam, petang ada meeting dengan boss kat Taman Tun Doktor Ismail (TTDI) sampai 7.30 malam… Lepas tu gerak ke Shah Alam pulak…

Pemandangan dicelah2 lanskap di Masjid Taman Tun Doktor Ismail… Dulu aku selalulah sembahyang kat masjid ni sebab dia ada aircond…. Dan paling best Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh imamnye, bersemangat nak dengar…. Sementara menunggu boss keluar…. 

Dari TTDI tadi aku bergegas pulak ke The Curve, Mutiara Damansara nak pickup wife dari Fitness First… Tunggu adalah dalam 30 minit sambil layan2 FB kat iPhone…. Takdelah boring sangat nak menunggu…

Dalam menunggu tu, alamak nak terkencinglah pulak…. Kunci kereta, lari jap ke Ikano Power Centre (IPC), Mutiara Damansara… Lantaklah kereta, kalau kena saman, nasiblah… Sebab aku park dekat tepi jalan… Tak budget nak keluar ke mana2 pun… Macam biasalah, sempat juga window shopping kat IPC ni… Takde apa pun, sebab dah hari2 ke sana… Esok2 ke sana lagi, makan kat sana, beli barang kat sana, pergi toilet pun selalu ke sana…. Dah jadi tempat permainan aku sejak 11 tahun yang lalu… Lama kan…. Dulu asyik ke One Utama jer…

Lepas pickup wife aku, bergegas pulak ke Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam hantar barang kat adik aku… Dia tak habis lagi kelas… Punya lambat…. Tapi sebelum tu aku singgah rumah kakak ipar aku dulu di Seksyen 9, Shah Alam ambil barang aku pulak dan sambil jengah anak2 buah aku…. Settle kat Seksyen 9, baru aku gerak masuk ke dalam UiTM… 
Ambil adik aku Anor dari Fakulti Art & Design, hantar ke rumah sewa dia kat Seksyen 7, Shah Alam pulak…. Kelas habis dekat pukul 12.00 tengah malam, punyalah lambat habis…. Aku selalu kacau dia dengan kawan2 dia, aku kata kat fakulti banyak hantu… Merayau2 cari pasal… Sampai rumah sewa dia jer dah pukul 12.20 tengah malam…

Dari Seksyen 7, Shah Alam… Barulah gerak balik ke Damansara Perdana… Perut pulak rasa lapar, wife aku cadang beli McD jerlah, senang takyah turun… So, singgah jap di McD Highway Utara Selatan (sebelum simpang Damansara menuju ke Ipoh)… Tempat ni pun tempat permainan dan persinggahan aku kalau balik kerja…
Wife aku teringin makan Prosperity Beef Burger…. Aku order Big N’ Nasty set…. Makan kat rumah, kiranye makan malam untuk kitaoranglah… Dari petang tadi tak makan apa2 lagi… Setakat ringan2 jer… Sampai rumah dah pukul 1.00 pagi…. Lepak jap sambil makan McD…. On iMac, buka email kerja, download, layan blog, layan FB… Dalam pukul 4.30 pagi baru masuk tidur…. Kepala pun dah tingtong….
Hari ni lepak rumah jer sebab nak settlekan kerja office/part time jap… Minggu ni takleh kacau, anak buah aku Raja Kecik pun aku takleh datang… kalau dia ada takleh buat kerja aku nanti… Lagi satu adik aku Anor pun takde minggu ni kat rumah sebab masing2 ada kerja yang nak pakai Isnin ni…. So takde backup… Kalau anak buah aku sorang ni ada, pantang aku buka iMac, menyelit jer dia suruh pasang Twingkle2 Little Star sambil tangan bukak tutup… Hehehehe…. 
Macam tulah aktiviti aku beberapa hari ni hingga minggu depan… Semalam pun takde entry baru untuk korang… Pagi nilah baru ada masa kejap sebelum start buat kerja… Apa2 pun selamat berhujung minggu untuk semua sambil makan buah limau cina yer… Aku dah beli sekotak dah, mengalahkan cina yang nak raya…..🙂