Hari Jumaat yang lepas, lepas aku pick-up wife aku di Fitness First, Mutiara Damansara, wife aku bagitahu yang adik ipar aku EE dimasukkan ke ward di Darul Ehsan Medical Centre sebab pitam/pengsan di dalam bilik air… Nasib baik tak terhantuk kat mana2 part dalam toilet tu, yang dia sedar2 baju dia basah jer…. Entah berapa lama dalam bilik air pun di tak pasti…. So, bila sedar dia minta kakak ipar aku hantar ke hospital…. Masa tu memang dia tengah demam pun, dah 3 hari kot…

Macam biasalah prosedur hospital, check satu persatu, last2 rupanye dia dijangkiti Demam Denggi… Apalagi terus ditahan ward lah jawabnye…. Air startlah dimasukkan… Time ni tengah ditempatkan sementara sebelum dimasukkan ke ward sebenr… Tinggi juga demamnye malam tu menurut kakak ipar aku…

Masih lagi tersenyum walaupun dalam hati tuhan sajer yang tahu… Dahlah dia takut duduk hospital… Sementara menunggu dipindahkan ke ward lain… Ambik bilik untuk seorang jer… Senang family nak datang dan menjaga… Privacy sikit….

Malam tu anak2 buah aku di Shah Alam datang menjengah bapa sedaranye…. Lanyak tetap lanyak, budak2 bukannye tahu orang sakit ke tidak… Kesian EE, dah sakit, makin tambah sakit lagi kena lanyak…

Aku tak berkesempatan nak ke sana malam tu, aku beritahu wife aku yang kita akan datang melawat pagi2 esoknye (Sabtu)… Wife aku nak masakkan lauk untuk adik dia sekali… Malam tu mak dan bapa mertua aku sampai juga dari Ipoh untuk melihat keadaan anak mereka… Mak mertua aku pun sebenarnye belum lagi sihat sepenuhnye dari sakit (tekanan darah rendah dan deman kuat)… 
So, banyak perubahan jadual aku hujung minggu ni… Dengan kerja office yang melambak nak kena settlekan hujung minggu ni, semuanye postpone seharilah jawabnye…