Terperanjat betul aku pukul 3.00 pagi tadi bila aku buka Facebook… Tengok status kawan2 lama time sekolah menengah di Banting dulu… Sekali ada status dari family sahabat lama aku di wall beliau yang menyatakan bahawa sahabat baik aku telah pun meninggal dunia pada 14 Januari 2012 lalu… Dan telah disemadikan pada 16 Januari 2012…. Mula2 tu ingatkan family beliau yang meninggal, bila baca betul2, tersentap terus hati aku…. Beliau yang dimaksudkan adalah Anushya Silvasingham
Beliau merupakan sahabat baik aku semasa aku di tingkatan 1-3 di Sekolah Sultan Abdul Samad, Banting… Sangat2 baik orangnye, suka tersenyum dan suka tolong kawan2… Tak pernahlah aku bergaduh ke aper dengan dia ni… Aku suka kacau2 dia semasa sekolah dulu sebab dia pun 2 kali 5 dengan aku… Gile2 remaja… Yang kurang betulnye aku, dia ok ajer…
 
Yang paling kanan sekali adalah dia dan yang paling kiri sekali adalah aku di dalam gambar di atas…
Aku rapat dengan dia semasa sama2 jadi pengawas sekolah dulu… Sebab dalam geng pengawas ni banyak aktiviti dijalankan, so banyak jugalah masa yang terluang dengan kawan2 dan terutamanye beliau… Sebab kematian masih belum aku ketahui lagi dan masih bertanya khabar berita dari kawan2 lama… Sedih hati aku bila teringat akan berita yang memeranjatkan ni… Sangat2 terkejut…. Sebak rasanye hati… Apa2 pun selamat tinggal sahabat ku buat selama2nye….