Esok dah masuk 1 Februari 2012…. Ada perkara yang menggembirakan dan ada juga perkara yang menyedihkan dalam diri aku setakat ini…. Yang menggembirakan sebab bila sampai bulan Februari, hari jadi pada tanggal 10 Februari ini hampir tiba dan bertambah angka lagi usia…. Dan dalam kegembiraan yang bakal tiba kali ini, ada juga yang mendukacitakan dan menyedihkan serta hilangnye semangat aku dengan dunia maya ini…..

Yang menyedihkan adalah hilangnye semangat aku untuk berblog seperti selalu…. Mungkin korang perasan blog aku senyap sahaja dan kadang2 linknye bertukar kepada yang bukan2 kan…?? Sebabnye, terdapat segentir manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan telah menyalahgunakan kepandaiannye untuk mendajalkan manusia lain yang sebelum ini dia tak pernah pun jumpa dan kenal seperti aku… Menggunakan ilmu yang ada untuk menghukum dan mengganggu privasi seseorang di dalam dunia maya ini…. Apa alasan yang diberikan dan bertalu2 juga soalan2 yang aku berikan tidak terjawab dengan sempurna…. Tapi yang aku pasti mereka mencari kepuasan mereka sendiri dengan mengganggu serta menyuntik perasaan dendam, dengki, cemburu dengan apa yang aku ada…. 
Blog aku telah di HACK sebanyak 2 kali… Sebelum ini pada bulan September 2011 dan terbaru beberapa minggu yang lepas dan kali kedua ini mereka2 ini telah menawan aku hampir 2 minggu dengan alasan yang kurang meyakinkan…. Aku jarang berdendam atau marah pada seseorang… Kalau marah pun setakat itu ajer, tapi kali ini tindakan mereka Insyaallah aku takkan lupa dan tidak akan aku maafkan selama2nye… Segala perbuatan yang menyakitkan hati aku kali ini aku takkan Halalkan dunia dan akhirat…. Biar Allah SWT yang mengajar semula mereka dengan ilmu yang mereka ada… 
Pemikiran dan mentaliti budak2 akhir zaman sekarang ni cuma memikirkan keseronokan, kepuasan, keegoan tanpa memikirkan Halal dan Haramnye sesuatu perbuatan itu… So lepas ni semua Bloger2 Tegar sila secured kan blog anda dengan cara apa sekali pun… Tiada lagi privasi dan amannye berblogging ini dengan adanye mereka2 yang tidak bertanggungjawab ini…. SEMANGAT AKU TELAH HILANG DAN SANGAT2 KECEWA SERTA SUKAR UNTUK DIPULIHKAN BUAT MASA INI…. 
Advertisements