Tepat 2.45 petang ni, genaplah umur aku iaitu MUZAFAR SHAH HAJI ZAINAL a.k.a Chilabaey a.k.a Pakngah menuju ke umur 36 TAHUN…. Alhamdullillah masih dipanjangkan umur ku setahun lagi…. Sebenarnye semakin bertambah angka dalam kehidupan ini, semakin banyak cabaran yang akan ditempuhi… Sebab umur semakin bertambah tetapi usia semakin menipis… Itu adalah pasti…
Tahun ini kejutan dari wife aku, tiba2 pulak dengar ringtone iPhone aku berkemundang lagu Happy Birthday… Bila pulak aku tukar bunyi lain ni… Dahlah aku aku baru masuk tidur pukul 7.00 pagi tadi sebab dah tak tidur 2-3 hari settlekan kerja…. Tiba2 pukul 10.00 pagi terdengar nada lagu pelik pada iPhone…. Terkezut dan terpinga2 bila tengok ada kotak dan di dalamnye cupcake yang berwarna warni…. Tertera MUZ 36 dan di kelilingi dengan kehijauan dan ulat2 yang menggelikan… Aduiiii macam2…. Apa sebab ulat tu ada kat kek aku, nanti aku ceritakan…
Apa2 pun Syukur ke hadrat Illahi atas umur yang diberikan… Alhamdulillah sekali lagi…
* Thanks kepada mereka yang wish aku dalam Facebook hari ni… Happy sangat….