Salam 1 Malaysia semua… Sekejap jer dah masuk hari Khamis… Seperti biasa kalau malam2 Jumaat ni pasti aku akan sedekah Surah Yaasin buat Arwah Abah aku… Masa aku bertugas di area Kuala Langat tempohari, hampir setiap petang aku akan menziarahi pusara Arwah Abah aku…. Samada aku pergi sorang2 atau kalau awal balik aku bawa mak aku sekali… 
Sekarang ni aku dah mula bertugas semula di area Damansara/Cheras setelah melihat keadaan mak aku yang semakin pulih dari hilangnye semangat setelah Arwah Abah aku meninggalkan kami sekeluarga pada bulan April tahun lepas… Itu pun atas nasihat mak aku, barulah aku bersetuju berpindah semula ke Damansara… Hampir 8 bulan aku meninggalkan wife aku di Damansara berseorangan… Cuma pada hujung minggu sahaja aku baru balik ke rumah aku…. Itulah tugas dan pentingnye tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang suami….

Ini adalah pondok yang terdapat di kawasan perkuburan Arwah Abah aku… Di sinilah pot tempat aku duduk merehatkan diri sambil bersembang dengan mak aku kalau aku datang ke pusara Arwah Abah… Bukanlah semata2 bersembang kosong, tetapi kadang2 tu menjadi tempat berbincang tentang hal2 yang berlaku dan mencari penyelesaiannye… Sebab aku rasa tenang bila berada di sini…. Kadang2 tu setelah selesai membaca Yaasin di pusara Arwah Abah aku, aku duduk sementara sorang2 memikirkan tentang kehidupan aku akan datang…. 
Dan yang pentingnye bila duduk berseorang di sini, akan terdetik di hati akan kehidupan selepas mati dan secara tidak langsung kita akan mengingat akan tentang keinsafan yang perlu ada dalam jiwa sekarang ni… Berapa banyaknye duit kita, rumah kita, kereta kita, kemewahan yang ada pada kita, pada akhir hayat kita  satu pun tidak dapat dibawa ke alam barzakh…. Dan hanya sepetak kecik itu sahaja ruang untuk kita bersemadi sebenarnye…. Tidak akan mendapat lebih mahupun kurang hakikatnye…