Malam Ahad lalu korang tengok tak rancangan ‘Jangan Tidur Lagi’ yang dihoskan oleh Adlin Aman Ramli…. Dan artis undangannye Ajek Hassan, Ana Raffali dan Shila Hamzah…. 2 daripada penyanyi tu korang pasti kenalkan tetapi yang aku nak cerita sikit tentang penyanyi lelaki tu Ajek Hassan….

Siapakah dia dan apakah hubungan Ajek Hassan dengan aku Chilabaey….??? Adakah aku juga artis Youtube….??? Aduiiii jauh panggang dari api…. Takde apa2 hubungan pun…. Hehehehehe….. Takdelah, tapi pasti ada cerita di sebaliknye, sebab itu aku beriya2 promosikan beliau…. Bukan kerana untuk mendapat bayaran atau mencari publisiti tetapi sebenarnye….. Tetapi menyokong pembabitannye dalam dunia seni kerana dia mempunyai bakat besar dalam industri ini yang perlu dicungkil… Dan seorang yang sangat low profile….. Inilah sebabnye aku sibuk berentry tentang beliau :

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I


Putuslah pulak….!!!


I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I


Terputus lagi, jap aku sambungkan….!!!

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Dia adalah sahabat dan kawan lama aku…. 

Kami bertiga sebenarnye dalam jurusan yang sama iaitu Diploma Perancangan Bandar Dan Wilayah 1995… Dan batch pun sama juga semasa di ITM Manjung, Setiawan, Perak.… Dan yang buat aku rapat kerana aku bertiga di atas sama bilik asrama sejak semester pertama lagi…..

Masa di ITM Manjung dulu, aku memang suka bergambar dan menangkap gambar… Ini depan balcony bilik asrama, maklumlah asrama atas rumah kedai jer…. Kalau bab gambar menggambar ni,  dah menjadi perkara biasa di kalangan kawan2 yang lain tentang diri aku…. Ke mana aku pergi, beg kamera sentiasa aku usung…. Dan yang pasti akan ada sisipan kenangan yang aku ukirkan bila jari memetik lensa… Ayatttt….

Inilah aku dengan sahabat lama aku Ajek Hassan…. Time ni perangai masing2 tak usah cakaplah…. Macam2 kerenah… Macam setan… Yang pelik2 pun ada…. Tapi sebenarnye suasana di ITM Manjung adalah yang terbaik berbanding tempat2 lain….

Sejak di ITM Manjung lagi, Ajek Hassan sentiasa dengan gitarnye… Dialah penghibur kitaorang semasa di bilik… Apa sajer lagu yang disuruh, pasti dia akan sampaikan dengan sebaik mungkin… Bakatnye memang aku tahu sejak dari ITM lagi… Skill petikan gitarnye memang antara yang handal di kalangan pelajar2 ITM Manjung ketika itu…. So jadi macam semut hurung gula bila Ajek Hassan memetik gitarnye… Pasti bilik aku akan ramailah pengunjungnye…. Dia umpama penghibur kitaorang di waktu malam…

Ini semasa semester pertama, mewarna kotak2 di atas paper A1 saiz menggunakan warna Equline (sejenis cecair pewarna untuk pelan)… Paling susah untuk dapat sekata warnanye…. Berus yang digunakan pun sangat2 mahal ketika itu… Yang hujung tu tak buat sebab dia Jurusan Arkitek… Banyak buat model jer… Kitaorang banyak kerja2 secara manual….

Yang ini ketika subjek Land Survey… Alaaaa yang korang selalu nampak tepi2 jalan ada orang pegang tiang dan ada pulak yang teropong2 tu… Itu semua adalah subjek yang aku kena ambil ketika itu… Habis buat kerja survey selalunye kitaorang teropong awek2 dalam bilik asrama pulak lepas tu… Hehehehehe… Cuci matoooo….

Yang ini pulak semasa di Kedah kalau tak silap aku pada tahun 1995…. Kitaorang pantang tengok kamera mesti ada ajer yang akan menyelit dan menambahkan lagi bilangan yang ada…. Bila melihat gambar2 di atas terasa rindu pulak pada kawan2 seperjuangan dulu…. Terutamanye Ajek Hassan dan juga Raja Shamsul Nizam…. Rakan sebilik dan seasrama…. 
Itulah kisahnye Ajek Hassan dengan aku…. Di kalangan kawan2 kami memanggilnye Thir @ Mahathir Hassan (nama sebenar dia)… Aku masih lagi berhubung dengan beliau melalui Facebook, dan semasa rakaman ‘Jangan Tidur Lagi’ beliau berada di Malaysia, tapi tak dapat jumpa sebab dia banyak aktiviti seninye dan beberapa rakaman lagu yang perlu dia selesaikan…. Dan sekarang ni telah pun berada di Perth, Australia sebab family nye duduk di sana dan dia juga telah merantau agak lama di sana lebih 8 tahun kalau tak silap aku…… Selain menyanyi dia juga mempunyai restoran makan di sana iaitu “Makan-Makan Cafe”… Menarikkan kehidupan dia sekarang… Rezekinye ke arah lain…
Apa2 pun aku tetap akan menyokong engko dari belakang, depan dan kiri kanan Thir…. Semoga engko berjaya dengan jayanye di dalam dunia seni… Bakat engko sangat besar Thir dan time nilah engko pergunakan bakat yang ada untuk memperjuangkan apa yang engko minat…….  Aku doakan yang terbaik untuk engko lepas ni….. Insyaallah….