Aku di HUKM lagi….
Semalam dah ke Sepang, dan hari ni pula aku ke HUKM Cheras….. Apasal..??? Sebab ada appointment bapa aku…. kali ini hanya untuk menukar CBD iaitu tiub untuk urine bapa aku…. Kena tukar setiap 2 minggu sebab takut dijangkiti kuman….. tukar tu kejap je….. Kali ni aku kekurangan kakitangan, selalunye samada Anor atau Izzat akan tolong ikut aku… tugasan mereka adalah untuk membantu aku bawa keluar wheel chair dari bonet kereta dan sorong bapa aku ke klinik dahulu sementara aku pergi parking kereta….. Hari ni aku terpaksa angkat sorang2, sakit pinggang aku dibuatnye…. Nak buat macamana, adik aku dah balik kolej, tapi yang lain kali susah pulak nak mintak tolong…. pahala tu…. tak kisahlah lepas ni aku buat sendiri je malas nak tanya2 lagi….

Tengah menunggu giliran bapa aku…. Mak aku dah nampak keletihan dah…

Sampai pukul 9.45 pagi, mak aku sorong bapa aku dulu naik ke tingkat 1 dan masukkan borang appointment dulu sementara tu, aku cari parking….. dapat je terus naik ke tingkat 1, mak aku bukannye kuat nak angkat bapa aku naik ke katil hospital…. semuanye kena aku yang buat….. kalau mak aku yang angkat bapa aku, silap2 dengan dia2 sekali baring atas katil hospital tapi katil lain…. hehehe…..

Doktor takde hari ini ada seminar, so yang tukar CBD bapa aku KJ (Ketua Jururawat) lelaki sebab hal lelaki kenalah orang lelaki yang buat…. dibantu oleh staff nurse…. Dalam pukul 10.20 pagi semuanye settle dah…. so, balik terus ke rumah….. tapi hari aku hairan kenapa aku boleh sesat jalan padahal jalan yang sama aku lalui bila ke HUKM, tersilap masuk simpang je….. macam2 hal betul aku hari ni…. terlalu banyak yang tengah aku fikirkan kot….

Sampai rumah dalam pukul 11.30 pagi…. bapa aku terus tukar baju dan terus tidur…. Dia kata makan nantilah, letih sangat agaknye hari ni bagi dia….Syukur Alhamdullillah semua berjalan lancar hari ni…. Itu yang aku harapkan….