Kerja tetap kerja…. Walaupun banyak hal….

Untuk beberapa bulan kebelakangan ini selepas bapa aku sakit dan menjalani operation buang batu dan organ hempedu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)… aku banyak menghabiskan kerja aku dan membuat kerja2 di rumah….. dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan untuk menguruskan bapa aku tempohari…..

Kalau malam aku suka bergelap dari terang… tak baik untuk mata…..

Kalau tak duduk di HUKM untuk menemani bapa aku, aku akan menyiapkan kerja2 di rumah iaitu disebelah malamnya kerana sebelah siangnye aku akan berada di HUKM menguruskan keperluan emak dan bapa aku….. itulah kehidupan aku untuk beberapa bulan ini…. Bila dikira2kan rupanye dah dekat 4 bulan dah bapa aku terlantar dan selama itu jugalah kehidupan aku tidak berapa terurus……

Begitulah nasib dan kehidupan yang aku rasakan sekarang ini…. rehat ku untuk diriku akan aku ambil dengan meluangkan masa dengan aktiviti mudah seperti pergi ke sungai2, balik ke kampung sekejap, dan beberapa perkara lagi, tetapi cuma sehari dua sahaja aku meninggalkan bapa ku dirumah bersama emak aku….. selebihnye aku akan segera pulang ke rumah untuk menjaganye semula….

Work station aku yang bersepah dan berterabur…..

Berikanlah kesihatan sepenuhnye kepada bapa dan emak aku, agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa…. serta berikanlah aku kesabaran dan kesihatan sepenuhnye juga dapat aku menjaga kedua ibubapa ku di hari2 yang mendatang ini….. Makbulkan doa hamba Mu yang hina ini Ya-Allah…..