Nasihat aku Jangan Pandang Depan Jalan…. Menyeramkan….

Entry kali seperti yang dijanjikan…. merupakan sambungan aku dikacau hantu dulu…. Kali ni minggu ketiga dalam bulan yang sama…. Tempat kejadian di Jalan Klang – Banting…. Hari kejadian seperti biasa malam Jumaat lagi… Masa pukul 3.00 pagi….

Macam biasa balik dari studio ada discussion di UiTM Shah Alam….Lambat sikit balik sebab banyak kerja…. So, dari Shah Alam pukul 2.15 pagi bertolak menuju ke Banting…. Aku bawa motor kali ni taklah laju sangat sebab mata mengantuk…. Relaks sikit sambil makan angin….

Hati tu dah rasa kurang sedaplah juga bila teringat balik kejadian yang berlaku tempohari… Dalam perjalanan tu macam2 juga aku baca dalam hati…. Time nilah takde kereta atau motor yang boleh aku bersaing sekali…. Kalau ada pun kereta yang dipandu laju… malaslah pulak ak pecut ikut…. badan letih…. otak penat….. So, sorang2 lah layan perasaan…. ingat nak sampai je sekarang ni….

Sampailah di satu selekoh Jalan Klang – Banting iaitu kawasan tu nama dia Sg. Sedu…. kat sini banyak tanah Wakaf Islam dan Jirat Hindu…. dan nak jadi suspen lagi kawasan ni takde lampu jalan cuma cahaya terang dari lampu dari kilang2 kecil di tepi2 jalan itu je…. Kiranye masih dalam samar2 je…. Memang kawasan ni banyak cerita yang aku dengar…. terutamanye di kawasan jirat Hindu tu….. selalu aku harapkan adalah kenderaan yang akan bersaing dengan aku sekiranya sampai di kawasan ni…. Harapan akulah, selalunye takdepun…. mesti sorang2….

Tiba2 je ada lembaga hitam tengah jalan…. Huii… mengelak aku….
Dalam leka aku bawa motor tu, mata aku dah mula terkebil2 menahan ngantuk…. lagi dengan angin malam macam ni…. fuh… kalau dapat tidur punyalah syok…. Aku pun hampir sampai di kawasan jirat tersebut, lebih kurang 200 meter lagi… (200 meter ni sebenarnye aku berada di kawasan perkuburan Islam)…. mata aku time tu terkedip sekejap, tiba2 bila kelopak mata terbuka aku terpandang ada lembaga hitam berdiri tegak sambil memandang aku berada betul2 ditengah laluan aku…. aku apalagi mengelaklah secara mengejut…. dan time tu motor aku dah terhumbang-ambing…. jenuh aku mengawal motor aku dari terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan…. motor aku mati enjin betul2 di depan jirat Hindu tu….
Kalau aku tak dapat kawal motor aku malam tu, aku rasa aku akan mengalami kemalangan yang agak teruk juga….. Alhamdulillah semuanye selamat…. dalam masa aku menghidupkan semula motor aku tu, sempat juga aku pandang belakang nak tengok semula apa yang aku lihat tadi…. takde apa2 pun….. seram aku dibuatnye….. dahlah berhenti betul2 depan jirat tu…. hidup je motor, aku beristifar sekejap dan memulakan semula perjalanan….. kurang ajar punya hantu, engko nak kacau anak Adam ye….. Kalau tak, tak pasal2 aku patah kaki ke, patah tangan ke dan macam2 lagi….

Menggigil tak sudah aku sehinggalah sampai rumah…. Esoknye aku cerita kat mak aku….. mak aku pesan bacalah apa2 semasa dalam perjalanan lain kali….. Bapa aku time tu relaks je muka dia…. Aduhai… Minggu depan tu ada lagi satu cerita yang lebih menyeramkan….. kat area yang sama juga…. Nanti aku buat entry untuk itu pulak… Tunggu ye….