Sejak kebelakangan ni, Maxis Broadbands aku atau semua pengguna pada tahap menguji kesabaran manusia… Hampeh betullah… lembab dan selalu putus…. Kalau ok pun lembab tahap nak mampus…. So, kebetulan aku ke Garden Mid Valley tempohari, aku pun singgahlah kejap dengan wife aku kaunter Maxis bertanyakan khabar mengenainye…. Staff Maxis pun mengakuinye…. Kawasan prime pun boleh tak dapat coverage yang bagus sejak 3 minggu ni….

Alasan yang diberikan kemungkinan pihak Maxis tengah menambahkan lagi pencawang dan mengupgrade sistem mereka…. Aku rasa kalau company lain pun akan menjawab jawapan yang sama…. Hampeh sekali lagi…. Macam rasa nak potong yer dan beralih arah…. Takpe aku bagi tempoh sampai bulan Disember 2009 ni… Kalau sama jer aku ingat aku nak masuk TM Streamyx… Lagi bagus….

Wife aku ke Mid Valley macam biasalah buat facial muka kat SK-II…. Sebulan sekali mesti pergi….. Ada sejarah sebenarnye pasal SK-II ni… Antara aku dan SK-II… Nanti aku ceritakan dalam entry akan2 datang…. Balik rumah test broadbands, still macam hampeh…. Tension2 blog tak update…. Bila fikirkan mulalah terngiang2 lagu P1 Wimax di dalam kepala… Potong…!!! Potong…!!