Alat ni aku panggil kura2 panjat bumbung…. Sebab benda ni akan diletakkan di atas bumbung kereta… Ia adalah GPS Satelit Receiver… Bukan GPS tau…. Bagi mereka yang pernah melakukan kerja2 survey pasti akan tahu kegunaannye… Bagi yang tak tahu, ia merupakan alat untuk menentukan kita semasa di tapak… Maknanye setiap perjalanan akan direkod di dalam komputer… Ianye perlu disambung dengan laptop dan terdapat software yang akan support alat ini… Di sini kedudukan koordinat akan diperolehi dan ketepatan data amat penting di sini…

Yang ini pulak mungkin ramai yang tahu… GPS Navigator dari brand Garmin… Alaaa yang selalu diaorang tampal kat cermin kereta untuk memberi arahan perjalanan kita…. Sangat2 perlu bagi aku untuk pergi ke sesuatu tempat yang tak pernah kita redah… Yang bagusnye, setiap perjalanan kita akan ditandakan di dalamnye dalam bentuk garisan…. So, kalau sesat macamana pun, kita boleh ikut semula track yang telah ditandakan di dalam Navigator tersebut…. Ia sebagai backup untuk alat kura2 tadi…

Yang ini lagi penting, kalau takde benda ni pasti kerja tak dapat dijalankan… Sebab semua alatan tadi akan disambung terus ke laptop tersebut… Semua pergerakan aku akan dilakar atau ditanda di dalam pelan yang sediada di dalam laptop ini…. Memang nampak agak rumit kerja2 yang aku jalankan… Tapi itulah kemahiran yang ada pada aku dalam menjalankan kerja2 macam ni….

Ini adalah pelan perumahan atau dipanggil layout bagi mereka yang terlibat dengan kerja2 tanah dan teknikal… Dan kalau korang tengok di dalamnye terdapat tanda bintang…. Bintang2, di angkasa… Itu merupakan tanda lokasi data yang dicatatkan… Bila click sahaja bintang tersebut, terdapat maklumat terperinci tentangnye… Semuanye itu akan diisi oleh aku semasa sampai di sesuatu tapak bintang tersebut…. Haaaa dah pening dah korang… Itulah kerja aku setakat ini…

So itulah serba sedikit info tentang kerja2 survey yang dijalankan oleh aku… Baru lepas 2 minggu, ada lagi 6 minggu untuk siapkan segala kerja untuk seluruh Daerah Kuala Langat… Aku harapkan segala yang aku usahakan sekarang ni akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah… Insyallah… Doakan untuk aku yer… Nanti boleh aku beli hadiah yang mahal sikit untuk contest yang lepas… Hehehehe… 🙂